Monday, June 8, 2009

My Pictures

Assalmualikum semua..
Tadi aku melayari blog cikgu blogger aku iaitu cikgu Eriyza..terlintas untuk add button picture pada blog aku..so akhirnya terhasil posting yang tak seberapa ini..aku sebenarnya nk buat satu page yang mana bila korang click pada my picture, ianya akan terus memaparkan page yang mempunyai gambar2 sahaja..bukannya posting seperti ini..tp xmengapa aku try n error dlu..nnt aku akan membuat penambahbaikan pada blog aku ni..

ok bye2..choww..
















































Read rest of entry

Monday, June 1, 2009

Assalamualaikum semua..

Ini adalah kali pertama aku membuat posting pada blog ni..
Asalnye blog ni merupakan blog yang digunakan oleh wife aku untuk pembelajaran semasa mengambil kursus DPLI tahun lepas..

Sebenarnye aku tak pandai langsung untuk menulis dalam blog ni.. tp bila tgk blog kawan2 yang lain macam syok la jgk..hehee.. Sebelum ni, aku banyak jadi silent reader untuk blog2 orang lain..sorry ye kengkawan.. nnt lepas ni aku xjd silent reader lg..sbb aku dah ada blog sendiri..kui..kui..

Memandangkan ini adalah posting aku yang pertama, lets me introduce myself..;-)
Tanggal 02 Mei 2008 merupakan tarikh bersejarah dalam hidup aku..(macam ayat skema jer..huhu..)Dengan lafaz "Aku terima nikahnya Salwani Binti Ahmad dengan maskahwin sebanyak yang tersebut" aku dengan sahnye menjadi seorang suami kepada seorang gadis yang cukup menawan..:D.

Pada 28 Julai 2008, aku beli kereta baru..
vrooooooomm..vrooooooomm..





Kemudian..barulah kami berpindah kerumah baru dan tinggal bersama...


Tanggal 23 Mei 2009, kami dikurniakan cahayamata yang cukup comel. Kami menamakan baby girl kami Damia Hanan..Semoga kami akan menjadi suami,isteri,ibubapa dan anak yang mithali..ameeenn..

Cukuplah setakat ini dahulu pengenalan kita..
Read rest of entry

Sunday, June 8, 2008

Tips Meningkatkan Daya Ingatan

Anda merasakan anda sudah tua kerana sikap anda yg pelupa? Anda asyik lupa di mana kali akhir anda meletakkan sesuatu? Orang di sekeliling selalu marahkan anda kerana lupa tarikh penting, lupa letak barang, lupa makan ubat, lupa fakta, lupa tutup kipas, lupa arah jalan, lupa nama orang dan macam-macam lagi. Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dengan mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan.

Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa. Antaranya ialah: Membaca Al-Quran Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik. Amalkan Tidur Yang Cukup 1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi. Mengawal Tekanan Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu.

Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya. Berhati-hati dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan Sesetengah produk yang dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yg memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yg diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yg seimbang atau rujuk dahulu doktor yg bertauliah sebelum membeli makanan tambahan. Bersenam Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.

Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki. Elakkan Kemurungan Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan. Awasi Pengambilan Ubat Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya.

Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor. Belajar Sesuatu yang Baru Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi. Permainan Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda. Banyak Membaca Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan. Katakan Berulang Kali Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.

Fokus Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan. Bermain Dengan Angka Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.
Read rest of entry

Friday, March 28, 2008

Schoolnet

Laman Web Malaysian SchoolNet, http://myschoolnet.ppk.kpm.my telah dilancarkan oleh Menteri Pendidikan pada 13 November 2000. Tujuan ia diperkenalkan adalah untuk meningkatkan kemahiran menggunakan internet dan memperluaskan akses kepada maklumat am dan sumber pendidikan di kalangan pelajar, guru dan pentadbir sekolah Malaysia.

Schoolnet merupakan satu laman web yang dicipta bagi merealisasikan hasrat Kerajaan untuk membentuk masyarakat yang berinformasi. Laman web ini terdiri daripada 3 komponen penting iaitu pelajar, guru dan pentadbir.

Pelajar:
- Tutorial – KBSR & KBSM
- Belajar IT – Perisian MsWord, MsExcel, dll
- Tahukah Anda – Sains, Geografi, Manusia & Seni bina
- Persatuan & Kelab – Tatacara menguruskan persatuan & Kelab
- Kaunseling

Guru:
- Model Pengajaran & Pembelajaran – Teknologi pengajaran, Pembelajaran
masteri,Kecerdasan pelbagai dll
- Pentaksiran
- Belajar IT
- Pakatan Pintar
- Sukatan Pelajaran & Huraian Sukatan Pelajaran
- Bahan Pengajaran & Pembelajaran – Modul latihan & buku sumber

Pentadbir:
- Pengurusan Sekolah
- Profesion
- Pentaksiran
- Pakatan Pintar
- Sukatan Pelajaran & Huraian Sukatan Pelajaran
Read rest of entry

Thursday, March 27, 2008

Pengurusan Makmal Komputer


Pengurusan makmal komputer bukannya sesuatu perkara yang susah atau menakutkan. Ia seperti juga pengurusan bilik lain, cuma melibatkan alat teknologi yang mempunyai ciri-ciri dan keperluan-keperluannya yang tersendiri. Di dalam pengurusan makmal kita perlu melihat kepada aspek keselamatan komputer dan aspek keselamatan pengguna.

Aspek keselamatan komputer

  • Suhu di dalam makmal komputer mestilah tidak lebih daripada 40 C. Penggunaan alat pendingin udara adalah digalakkan.

  • Komputer perlu menggunakan alat pelaras arus elektrik seperti AVR atau UPS supaya voltan elektrik ke komputer sentiasa terkawal dan stabil. Elakkan dari terlalu banyak menggunakan “socket extension”.

  • Jika perlu memindahkan komputer, elakkan dari terhantuk, tergegar dengan kuat atau terjatuh.

  • Jangan biarkan unit sistem terdedah terlalu lama tanpa “casing”.

  • Gunakan peralatan “can-air” untuk kerja-kerja membersihkan habuk di bahagian dalam unit sistem.

  • Tanggalkan palam 3-pin dari soket pada dinding setelah selesai menggunakan komputer.
    “Shut down” unit sistem dahulu sebelum menyambung sebarang peranti ke komputer .

  • Elakkan papan kekunci daripada terkena air dan terdedah kepada habuk.

  • Penyambungan kabel-kabel ke unit system perlu dilakukan dengan berhati-hati supaya pin kabel tidak terliuk, terpatah atau termasuk ke dalam.

Aspek Keselamatan Pengguna



  • Meja komputer disusun dengan baik, pastikan unit sistem diletak di tempat yang sesuai dan mempunyai ruang yang mencukupi bagi semua alat peranti.

  • Duduk dalam keadaan selesa, kerusi boleh dilaras mengikut keperluan pengguna dan duduk tegak untuk hindar dari sakit pinggang.

  • Kabel-kabel komputer perlu diletakkan di belakang komputer atau di tempat yang selamat dan jauh daripada laluan pengguna.

  • Penapis cahaya monitor (glass filter) boleh digunakan untuk keselesaan dan keselamatan mata pengguna.

  • Laraskan kedudukan monitor dengan mata ; monitor harus 50 ke 60 cm jauh dari mata.

  • Selepas 2 jam menggunakan komputer pengguna dinasihatkan berehat dan melihat kehijauan di luar untuk melegakan pandangan mata.

  • Pengguna dinasihatkan berehat sebentar jika mengalami sakit tengkok, sakit tulang belakang dan keletihan kedua-dua tangan.

  • Pastikan makmal komputer dilengkapi dengan kotak pertolongan cemas.

  • Jika perlu buka “casing” komputer untuk kerja penyelenggaraan, pastikan unit sistem di “shutdown” dahulu, matikan kuasa elektrik dan tanggalkan “plug”.

  • Semasa membuat kerja penyelenggaraan, elakkan memakai tali leher, barang-barang kemas dan berambut panjang.

  • Perhatikan jika terdapat wayar kuasa yang terdedah; tukar mana-mana kabel kuasa yang rosak.

Read rest of entry
 

RedPeguin Killer Copyright © 2009 Shopping Bag is Designed by Ipietoon